Headlines News :

      NOTIS UTAMA

        Blog yang memaparkan berita-berita yang menjadi sumber isu terkini - Reformis Jalanan

KATEGORI

PERHATIAN

Kami tidak terikat dengan mana-mana kefahaman pemikiran oleh itu kami akan siar apa sahaja bahan daripada mana-mana parti, pertubuhan atau individu.

Oleh itu anda boleh memberikan komen apa sahaja bahan yang disiarkan dan Insya-Allah komen anda tidak dipadam.

Tapi ingat komen berbentuk iklan akan dianggap sebagai spam.

Followers

Total Pageviews

Showing posts with label Ekonomi. Show all posts
Showing posts with label Ekonomi. Show all posts

Ringgit ditutup rendah, Bursa melantun tinggi


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan kurangnya permintaan terhadap mata wang tempatan, kata peniaga.

Pada 6.00 petang, ringgit susut kepada 4.1390/1430 berbanding dolar US daripada 4.1350/1390 pada penutup semalam.

Ketua Dagangan Oanda untuk Asia Pasifik, Stephen Innes, berkata ringgit didagangkan rendah menjelang pengumuman Jawatankuasa Pasaran Terbuka Kebangsaan malam ini yang kritikal yang akan membentuk aliran pasaran mata wang.

“Dengan jumlah dagangan adalah tinggi berbanding purata, kebanyakan mata wang G-10 terhad kepada jajaran yang ketat,” katanya.

Ringgit didagangkan rendah berbanding beberapa mata wang.

Ia susut berbanding yen pada 3.6648/6699 daripada 3.6638/6677 pada penutup Selasa dan rendah berbanding euro pada 4.8695/8747 daripada 4.8644/8699 semalam.

Ringgit juga susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0320/0354 daripada 3.0273/0309 dan menurun berbanding pound British kepada 5.4486/4543 daripada 5.4400/4465 pada Selasa.

Bursa ditutup tinggi


Sementara itu, Bursa Malaysia melantun daripada kerugian yang dialami selama 2 hari, untuk ditutup tinggi hari ini, selari prestasi bursa serantau, dengan mengambil petunjuk daripada pemulihan saham China, kata peniaga.

Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.25 mata untuk ditutup pada 1,798.72 berbanding 1,794.47 pada penutupan Selasa.

Selepas dibuka 5.47 mata lebih rendah hari ini pada 1,789, indeks bergerak antara 1,787.62 dan 1,800.70 di sepanjang hari.

Berdasarkan kedudukan pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 469 kepada 387, dengan 402 kaunter tidak berubah, 646 tidak diniagakan dan 98 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.21 bilion unit bernilai RM2.30 bilion, berbanding 1.86 bilion unit bernilai RM1.92 bilion yang dicatatkan pada Selasa.

Seorang peniaga berkata saham China melanjutkan pemulihan selepas pembekal indeks global MSCI Inc berkata ia sedang mempertimbangkan untuk meningkatkan wajaran saham China dalam indeks globalnya mulai tahun depan, selain syarikat-syarikat teknologi yang lebih kecil.

“Kebimbangan terhadap konflik perdagangan US-China tenggelam ekoran berita mengenai pemulihan saham China, meningkatkan harapan bahawa China dapat menampung impak tarifnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Ekonomi Bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Bernama bahawa saham minyak dan gas mendapat perhatian dan aktif dalam dagangan hari ini, mengambil petunjuk daripada kenyataan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum pada hujung minggu bahawa ia tidak tergesa-gesa untuk menaikkan pengeluaran minyak mentah, sekali gus meningkatkan harga.

“Bagaimanapun, keputusan Rizab Persekutuan US ke atas kadar faedah dan kenyataan sampingan. dipantau rapat oleh pasaran malam ini. Ini akan menetapkan momentum untuk FBM KLCI seterusnya,” katanya.

Di pasaran serantau, indeks Strait Times Singapura menambah 0.09% kepada 3,239.10, Nikkei 225 Jepun meningkat 0.39% kepada 24,033.79, Indeks SSE Shanghai meningkat 0.92% kepada 2,806.81 dan Hong Kong Hang Seng menambah 1.15% kepada 27,816.87.

Antara saham wajaran tinggi, Tenaga meningkat 34 sen kepada RM15.50, CIMB Group menambah empat sen kepada RM6.04, Petronas Chemicals turun tujuh sen kepada RM9.34, Maybank susut dua sen kepada RM9.78 manakala Public Bank tidak berubah pada RM25.

Bagi saham aktif, waran VS Industry meningkat 9 sen kepada 37.5 sen, Hibiscus Petroleum naik lima sen kepada RM1.23, VS Industry meningkat 11 sen kepada RM1.73, Sapura Energy turun setengah sen kepada 43.5 sen dan QES Group tidak berubah pada 34 sen.

Indeks FBM Emas menambah 31.23 mata kepada 12,544.56, Indeks FBMT 100 meningkat 27.56 mata kepada 12,347.82 dan Indeks FBM Emas Shariah melonjak 60.30 mata kepada 12,707.94.

Indeks FBM Ace naik 59.55 mata kepada 5,252.42 manakala FBM 70 meningkat 26.82 mata kepada 14,781.05.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan meningkat 9.78 mata kepada 17,816.65, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perusahaan menokok 0.18 mata kepada 177.20 manakala Indeks Perladangan menambah 16.70 mata kepada 7,547.26.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.52 bilion saham bernilai RM2.11 bilion, daripada 1.42 bilion saham bernilai RM1.81 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 315.13 juta unit bernilai RM74.44 juta, daripada 156.63 juta unit bernilai RM19.37 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 376.66 juta unit bernilai RM114.46 juta daripada 276.74 juta unit bernilai RM81.90 juta pada Selasa.

Barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang 174.85 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmatan industri (412.55 juta), pembinaan (63.63 juta), teknologi (196.65 juta), SPAC (498,600), perkhidmatan kewangan (54.90 juta) 78.04 juta), perladangan (27.52 juta), REIT (2.33 juta),dana tertutup (17,000), tenaga (389.91 juta), penjagaan kesihatan (20.54 juta), telekomunikasi dan media (19.11 juta) dan utiliti (42.92 juta).

Kontrak hadapan KLCI ditutup tinggi

Sementara itu, Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini sejajar dengan prestasi pasaran tunai yang lebih baik.

September 2018 meningkat 6.0 mata kepada 1,797, Oktober 2018 menokok 7.0 mata kepada 1,800 manakala Disember 2018 dan Mac 2019 masing-masing naik 8.0 mata kepada 1,793 dan 1,789.5.

Perolehan meningkat kepada 25,556 lot daripada 22,676 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka naik kepada 55,859 kontrak daripada 48,443 kontrak semalam.

Pendasar penanda aras FBM KLCI ditutup 4.25 mata lebih tinggi kepada 1,798.72.

Mahathir Baru Sedar Pentingnya GST Untuk Menyelamat Ekonomi Negara!

Kali ini Mahathir melahirkan rasa risau akan kemampuan Malaysia untuk membayar hutang hingga dia ramalkan malaysia boleh muflis jika gagal. 

Mahathir tetap menjaja alasan hutang negara mencecah RM1 trilion walaupun kenyataan Bank Negara adalah berbeza pada setiap bulan, di sepanjang 5 bulan di bawah pentadbirannya.

Dimana silapnya kerajaan sekarang sedangkan kerajaan dahulu tiada masalah untuk mengurus hutang negara dengan memberi pelbagai dana dan bantuan kepada rakyat. Malah kerajaan di bawah Dato Sri Najib Razak mampu membina pelbagai infrarakyat termasuk menghapuskan 5 tol lebuhraya disepanjang 9 tahun memerintah negara.

Lupakah kita kenapa kerajaan BN menukarkan sistem SST kepada GST? Kerana cukai barang dan perkhidmatan (GST) kerana terbukti sistem cukai itu menjadi penyelamat ekonomi Malaysia sepanjang tahun 2015-2018.

Ini kerana kutipan GST sebanyak RM41 bilion yang dikutip terutama cukai yang dibawa pelari oleh peniaga pada zaman SST, membolehkan kerajaan menampung banyak perbelanjaan yang diperlukan untuk kepentingan rakyat tanpa perlu risau mengurus hutang negara yang sebahagian besarnya hasil dari zaman peninggalan Mahathir PM ke-4.

Kini setelah Tax Holidays selama 3 bulan dan pelaksanaan semula sistem percukaian SST. Kerajaan sekarang telah hilang sumber pendapatan dari cukai iaitu di bawah RM20 bilion. malah hajat kerajaan baru untuk menurunkan kos sara hidup tidak tercapai kerana harga barang melambung naik dari semasa sistem GST. Malah kerajaan baru terpaksa lupuskan pelbagai bantuan dan dana untuk rakyat termasuk tidak mampu melaksanakan projek infrarakyat.

Sekarang Mahathir sudah menjadi sakit kepala bagaimana untuk menguruskan hutang ketika hasil pendapatan melalui cukai tidak mampu membiayai kos pentabiran negara bagi tempoh yang panjang. Ditambah pula sikap Guan Eng sebagai Menteri Kewangan banyak menimbulkan masalah kepada kewangan, ekonomi, mata wang dan saham hingga menyebabkan Malaysia menjadi terburuk di Asia walhal tahun sebelumnya mendapat pelbagai pengiktirafan dari Bank Dunia, MIF, Moody dan lain-lain.

Buktinya pada bulan ogos 2018 kerajaan mengumumkan bahawa pertumbuhan KDNK (GDP) negara untuk suku kedua merosot dengan teruk dari 5.4 peratus sehingga 4.5 peratus - jauh di bawah kesemua unjuran pakar analisa ekonomi.

Ini pertanda yang membuatkan Mahathir sakit kepala hingga terpaksa berlepas keluar negara iaitu New York. untuk memujuk pelabur yang lari atau mencari pelabur baru.

Kesilapan yang ketara Mahathir dan Guan Eng, Jika Najib perlukan 9 tahun untuk membawa pelaburan luar hingga ekonomi malaysia mencapai KDNK yang terbaik dalam sejarah, Setelah Mahathir Guan Eng bertindak hingga menyebabkan pelabur ini lari pada 2 bulan pertama pemerintahan PH, berapa tahun lagi Mahathir pelukan masa untuk memulihkannya dan adakah dia mempunyai masa itu?

Inilah punyanya kenapa Mahathir dikecewakan Jepun  (walupun 2 kali melawat, China dan Brunei yang menolak permohonan pinjaman dari Malaysia.kerana negara ini tidak yalkin dengan kaedah pengurusan ekonomi Malaysia oleh Mahathir apatah lagi Lim Guan Eng yang hendak letak titik perpuluhan anatara angka juta dan bilion pun tidak tahu.

Bagi mahathir atau Guan Eng memang mudah kalau mereka gagal mengemudi ekonomi negara, maka Najib adalah sasaran untuk dipersalahkan sedangkan jika Najib masih PM sekarang, benda ini tidak akan berlaku. Masalahnya ketika itu Mahathir dan Guan Eng tidak apalah sebab mereka kaya , 7 keturunan makan tak habis, tetapi kepada rakyat yang makan setakat cukup sahaja macam mana untuk hadapi krisis Malaysia Muflis?
Mohd Fadzil MyMdFadzilBlogspot

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS


RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini susulan kurangnya momentum minat belian, kata peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan susut kepada 4.1350/1390 berbanding dolar daripada 4.1270/1310 pada penutupan Isnin.

Ketua Strategi Mata Wang dan Penyelidik Pasaran FXTM Global, Jameel Ahmad, berkata ringgit didagangkan rendah, selari rakan serantau susulan ketengahan baharu antara Amerika Syarikat dan China.

Merujuk keputusan Beijing untuk membatalkan perbincangan perdagangan dengan Washington, serta ancaman Presiden Donald Trump untuk terus mengenakan tarif ke atas barangan China, beliau berkata pelabur secara keseluruhannya melihat perkembangan itu sebagai petunjuk bahawa risiko ketegangan perdagangan dijangkakan berterusan.

“Ini masih menjadi ancaman besar kepada minat pelabur ke atas pasaran pesat membangun, dan menjejaskan ringgit,” kata Jameel.

Unit tempatan juga didagangkan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia rendah berbanding yen kepada 3.6638/6677 daripada 3.6632/6678 pada penutupan Isnin dan rendah berbanding euro pada 4.8644/8699 daripada 4.8575/8626.

Unit tempatan juga rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0273/0309 daripada 3.0246/0279 dan rendah berbanding pound British kepada 5.4400/4465 daripada 5.4146/4215 semalam. – Bernama
 
Support : Creating Website | Template | Master Template
Copyright © 2018. Reformasi Kini - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Master Template
Proudly powered by Blogger