Headlines News :
Home » » Ringgit ditutup rendah, Bursa melantun tinggi

Ringgit ditutup rendah, Bursa melantun tinggi

Written By Reformis on Wednesday, September 26, 2018 | 11:02 PM


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan kurangnya permintaan terhadap mata wang tempatan, kata peniaga.

Pada 6.00 petang, ringgit susut kepada 4.1390/1430 berbanding dolar US daripada 4.1350/1390 pada penutup semalam.

Ketua Dagangan Oanda untuk Asia Pasifik, Stephen Innes, berkata ringgit didagangkan rendah menjelang pengumuman Jawatankuasa Pasaran Terbuka Kebangsaan malam ini yang kritikal yang akan membentuk aliran pasaran mata wang.

“Dengan jumlah dagangan adalah tinggi berbanding purata, kebanyakan mata wang G-10 terhad kepada jajaran yang ketat,” katanya.

Ringgit didagangkan rendah berbanding beberapa mata wang.

Ia susut berbanding yen pada 3.6648/6699 daripada 3.6638/6677 pada penutup Selasa dan rendah berbanding euro pada 4.8695/8747 daripada 4.8644/8699 semalam.

Ringgit juga susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0320/0354 daripada 3.0273/0309 dan menurun berbanding pound British kepada 5.4486/4543 daripada 5.4400/4465 pada Selasa.

Bursa ditutup tinggi


Sementara itu, Bursa Malaysia melantun daripada kerugian yang dialami selama 2 hari, untuk ditutup tinggi hari ini, selari prestasi bursa serantau, dengan mengambil petunjuk daripada pemulihan saham China, kata peniaga.

Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.25 mata untuk ditutup pada 1,798.72 berbanding 1,794.47 pada penutupan Selasa.

Selepas dibuka 5.47 mata lebih rendah hari ini pada 1,789, indeks bergerak antara 1,787.62 dan 1,800.70 di sepanjang hari.

Berdasarkan kedudukan pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 469 kepada 387, dengan 402 kaunter tidak berubah, 646 tidak diniagakan dan 98 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.21 bilion unit bernilai RM2.30 bilion, berbanding 1.86 bilion unit bernilai RM1.92 bilion yang dicatatkan pada Selasa.

Seorang peniaga berkata saham China melanjutkan pemulihan selepas pembekal indeks global MSCI Inc berkata ia sedang mempertimbangkan untuk meningkatkan wajaran saham China dalam indeks globalnya mulai tahun depan, selain syarikat-syarikat teknologi yang lebih kecil.

“Kebimbangan terhadap konflik perdagangan US-China tenggelam ekoran berita mengenai pemulihan saham China, meningkatkan harapan bahawa China dapat menampung impak tarifnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Ekonomi Bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Bernama bahawa saham minyak dan gas mendapat perhatian dan aktif dalam dagangan hari ini, mengambil petunjuk daripada kenyataan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum pada hujung minggu bahawa ia tidak tergesa-gesa untuk menaikkan pengeluaran minyak mentah, sekali gus meningkatkan harga.

“Bagaimanapun, keputusan Rizab Persekutuan US ke atas kadar faedah dan kenyataan sampingan. dipantau rapat oleh pasaran malam ini. Ini akan menetapkan momentum untuk FBM KLCI seterusnya,” katanya.

Di pasaran serantau, indeks Strait Times Singapura menambah 0.09% kepada 3,239.10, Nikkei 225 Jepun meningkat 0.39% kepada 24,033.79, Indeks SSE Shanghai meningkat 0.92% kepada 2,806.81 dan Hong Kong Hang Seng menambah 1.15% kepada 27,816.87.

Antara saham wajaran tinggi, Tenaga meningkat 34 sen kepada RM15.50, CIMB Group menambah empat sen kepada RM6.04, Petronas Chemicals turun tujuh sen kepada RM9.34, Maybank susut dua sen kepada RM9.78 manakala Public Bank tidak berubah pada RM25.

Bagi saham aktif, waran VS Industry meningkat 9 sen kepada 37.5 sen, Hibiscus Petroleum naik lima sen kepada RM1.23, VS Industry meningkat 11 sen kepada RM1.73, Sapura Energy turun setengah sen kepada 43.5 sen dan QES Group tidak berubah pada 34 sen.

Indeks FBM Emas menambah 31.23 mata kepada 12,544.56, Indeks FBMT 100 meningkat 27.56 mata kepada 12,347.82 dan Indeks FBM Emas Shariah melonjak 60.30 mata kepada 12,707.94.

Indeks FBM Ace naik 59.55 mata kepada 5,252.42 manakala FBM 70 meningkat 26.82 mata kepada 14,781.05.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan meningkat 9.78 mata kepada 17,816.65, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perusahaan menokok 0.18 mata kepada 177.20 manakala Indeks Perladangan menambah 16.70 mata kepada 7,547.26.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.52 bilion saham bernilai RM2.11 bilion, daripada 1.42 bilion saham bernilai RM1.81 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 315.13 juta unit bernilai RM74.44 juta, daripada 156.63 juta unit bernilai RM19.37 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 376.66 juta unit bernilai RM114.46 juta daripada 276.74 juta unit bernilai RM81.90 juta pada Selasa.

Barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang 174.85 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmatan industri (412.55 juta), pembinaan (63.63 juta), teknologi (196.65 juta), SPAC (498,600), perkhidmatan kewangan (54.90 juta) 78.04 juta), perladangan (27.52 juta), REIT (2.33 juta),dana tertutup (17,000), tenaga (389.91 juta), penjagaan kesihatan (20.54 juta), telekomunikasi dan media (19.11 juta) dan utiliti (42.92 juta).

Kontrak hadapan KLCI ditutup tinggi

Sementara itu, Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini sejajar dengan prestasi pasaran tunai yang lebih baik.

September 2018 meningkat 6.0 mata kepada 1,797, Oktober 2018 menokok 7.0 mata kepada 1,800 manakala Disember 2018 dan Mac 2019 masing-masing naik 8.0 mata kepada 1,793 dan 1,789.5.

Perolehan meningkat kepada 25,556 lot daripada 22,676 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka naik kepada 55,859 kontrak daripada 48,443 kontrak semalam.

Pendasar penanda aras FBM KLCI ditutup 4.25 mata lebih tinggi kepada 1,798.72.
Share this post :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Template | Master Template
Copyright © 2018. Reformasi Kini - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Master Template
Proudly powered by Blogger