Headlines News :
Home » , » Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Written By Reformis on Tuesday, September 25, 2018 | 10:49 PM


RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini susulan kurangnya momentum minat belian, kata peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan susut kepada 4.1350/1390 berbanding dolar daripada 4.1270/1310 pada penutupan Isnin.

Ketua Strategi Mata Wang dan Penyelidik Pasaran FXTM Global, Jameel Ahmad, berkata ringgit didagangkan rendah, selari rakan serantau susulan ketengahan baharu antara Amerika Syarikat dan China.

Merujuk keputusan Beijing untuk membatalkan perbincangan perdagangan dengan Washington, serta ancaman Presiden Donald Trump untuk terus mengenakan tarif ke atas barangan China, beliau berkata pelabur secara keseluruhannya melihat perkembangan itu sebagai petunjuk bahawa risiko ketegangan perdagangan dijangkakan berterusan.

“Ini masih menjadi ancaman besar kepada minat pelabur ke atas pasaran pesat membangun, dan menjejaskan ringgit,” kata Jameel.

Unit tempatan juga didagangkan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia rendah berbanding yen kepada 3.6638/6677 daripada 3.6632/6678 pada penutupan Isnin dan rendah berbanding euro pada 4.8644/8699 daripada 4.8575/8626.

Unit tempatan juga rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0273/0309 daripada 3.0246/0279 dan rendah berbanding pound British kepada 5.4400/4465 daripada 5.4146/4215 semalam. – Bernama
Share this post :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Template | Master Template
Copyright © 2018. Reformasi Kini - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Master Template
Proudly powered by Blogger