Kali ini Mahathir melahirkan rasa risau akan kemampuan
Malaysia untuk membayar hutang hingga dia ramalkan malaysia boleh muflis
jika gagal.
Mahathir
tetap menjaja alasan hutang negara mencecah RM1 trilion walaupun
kenyataan Bank Negara adalah berbeza pada setiap bulan, di sepanjang 5
bulan di bawah pentadbirannya.
Dimana
silapnya kerajaan sekarang sedangkan kerajaan dahulu tiada masalah
untuk mengurus hutang negara dengan memberi pelbagai dana dan bantuan
kepada rakyat. Malah kerajaan di bawah Dato Sri Najib Razak mampu
membina pelbagai infrarakyat termasuk menghapuskan 5 tol lebuhraya
disepanjang 9 tahun memerintah negara.
Lupakah
kita kenapa kerajaan BN menukarkan sistem SST kepada GST? Kerana cukai
barang dan perkhidmatan (GST) kerana terbukti sistem cukai itu menjadi
penyelamat ekonomi Malaysia sepanjang tahun 2015-2018.
Ini
kerana kutipan GST sebanyak RM41 bilion yang dikutip terutama cukai
yang dibawa pelari oleh peniaga pada zaman SST, membolehkan kerajaan
menampung banyak perbelanjaan yang diperlukan untuk kepentingan rakyat
tanpa perlu risau mengurus hutang negara yang sebahagian besarnya hasil
dari zaman peninggalan Mahathir PM ke-4.
Kini
setelah Tax Holidays selama 3 bulan dan pelaksanaan semula sistem
percukaian SST. Kerajaan sekarang telah hilang sumber pendapatan dari
cukai iaitu di bawah RM20 bilion. malah hajat kerajaan baru untuk
menurunkan kos sara hidup tidak tercapai kerana harga barang melambung
naik dari semasa sistem GST. Malah kerajaan baru terpaksa lupuskan
pelbagai bantuan dan dana untuk rakyat termasuk tidak mampu melaksanakan
projek infrarakyat.
Sekarang
Mahathir sudah menjadi sakit kepala bagaimana untuk menguruskan hutang
ketika hasil pendapatan melalui cukai tidak mampu membiayai kos
pentabiran negara bagi tempoh yang panjang. Ditambah pula sikap Guan Eng
sebagai Menteri Kewangan banyak menimbulkan masalah kepada kewangan,
ekonomi, mata wang dan saham hingga menyebabkan Malaysia menjadi
terburuk di Asia walhal tahun sebelumnya mendapat pelbagai pengiktirafan
dari Bank Dunia, MIF, Moody dan lain-lain.
Buktinya
pada bulan ogos 2018 kerajaan mengumumkan bahawa pertumbuhan KDNK (GDP)
negara untuk suku kedua merosot dengan teruk dari 5.4 peratus sehingga
4.5 peratus - jauh di bawah kesemua unjuran pakar analisa ekonomi.
Ini
pertanda yang membuatkan Mahathir sakit kepala hingga terpaksa berlepas
keluar negara iaitu New York. untuk memujuk pelabur yang lari atau
mencari pelabur baru.
Kesilapan
yang ketara Mahathir dan Guan Eng, Jika Najib perlukan 9 tahun untuk
membawa pelaburan luar hingga ekonomi malaysia mencapai KDNK yang
terbaik dalam sejarah, Setelah Mahathir Guan Eng bertindak hingga
menyebabkan pelabur ini lari pada 2 bulan pertama pemerintahan PH,
berapa tahun lagi Mahathir pelukan masa untuk memulihkannya dan adakah
dia mempunyai masa itu?
Inilah
punyanya kenapa Mahathir dikecewakan Jepun (walupun 2 kali melawat,
China dan Brunei yang menolak permohonan pinjaman dari Malaysia.kerana
negara ini tidak yalkin dengan kaedah pengurusan ekonomi Malaysia oleh
Mahathir apatah lagi Lim Guan Eng yang hendak letak titik perpuluhan
anatara angka juta dan bilion pun tidak tahu.
Bagi
mahathir atau Guan Eng memang mudah kalau mereka gagal mengemudi
ekonomi negara, maka Najib adalah sasaran untuk dipersalahkan sedangkan
jika Najib masih PM sekarang, benda ini tidak akan berlaku. Masalahnya
ketika itu Mahathir dan Guan Eng tidak apalah sebab mereka kaya , 7
keturunan makan tak habis, tetapi kepada rakyat yang makan setakat cukup
sahaja macam mana untuk hadapi krisis Malaysia Muflis?
Mohd Fadzil MyMdFadzilBlogspot
Post a Comment