Headlines News :
Home » » Tak perlu bertanding PRK PD, kata PAS Negeri Sembilan

Tak perlu bertanding PRK PD, kata PAS Negeri Sembilan

Written By Reformis on Wednesday, September 26, 2018 | 6:35 AM


PETALING JAYA: PAS Negeri Sembilan berpandangan tidak ada keperluan untuk parti Islam itu bertanding pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson yang akan berlangsung pada 13 Oktober depan.

Pesuruhjaya Mustaffa Daharun berpendapat, PRK Port Dickson hanyalah membuang duit.

“Kalau ikut asasnya tak ada keperluan, calon dulu dah ada…buang duit dah, ini buang duit lagi lebih RM3 juta,” katanya merujuk kepada pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru-baru ini bahawa kos perbelanjaan PRK Port Dickson berjumlah RM3.6 juta.

Mustaffa berkata PAS Negeri Sembilan akan berbincang mengenai PRK Port Dickson dalam satu mesyuarat malam ini.

“Kita akan kemukakan keputusan kita kepada pusat, mereka akan pertimbang,” katanya.

Semalam, Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata gabungan itu tidak akan meletakkan calon selepas berbincang dengan Umno, MCA dan MIC.

PRK Port Dickson akan diadakan 13 Oktober ini susulan peletakan jawatan penyandangnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah untuk memberi laluan kepada Anwar kembali ke Parlimen.

Danyal, bekas pegawai tentera laut, memenangi kerusi tersebut dalam pilihan raya umum 9 Mei lalu setelah mendapat 36,255 undi mengalahkan calon BN Datuk V S Morgan yang memperoleh 18,515 undi dan calon PAS Mahfuz Roslan (6,594).
Share this post :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Template | Master Template
Copyright © 2018. Reformasi Kini - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Master Template
Proudly powered by Blogger