Headlines News :
Home » » Mobilisasi Pemuda Pas Untuk PRK Port Dickson

Mobilisasi Pemuda Pas Untuk PRK Port Dickson

Written By Reformis on Thursday, September 27, 2018 | 7:39 PM


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyahut keputusan pucuk kepimpinan parti yang telah membuat keputusan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson yang dijadual akan berlangsung pada 13 Oktober nanti.

Kami yakin keputusan yang dibuat telah mengambil kira segenap aspek terutama situasi perkembangan semasa politik Malaysia hari ini.

Keputusan PAS untuk bertanding adalah untuk menyuburkan demokrasi dengan memberi pilihan kepada para pengundi tempatan bagi memilih calon dan parti yang paling berkredibiliti bagi mewakili hasrat mereka.

Trend pengundian dalam tiga siri pilihan raya kecil sebelum ini telah memberikan signal positif untuk pembangkang. Secara tidak langsung Pakatan Harapan tidak boleh selesa dengan tindakan mereka yang membelakangi kepentingan rakyat.

DPPM mahu kekuatan pemuda PAS di seluruh negara dikerahkan untuk membantu jentera pilihan raya tempatan. Pemuda PAS juga diingatkan untuk bersiap sedia mendepani cabaran disamping mempamerkan budaya politik matang dan sejahtera sepanjang perjalanan pilihan raya kecil kali ini.

Sekian

“Islam Memimpin"
“Terus Mara"

YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi
Ketua, Dewan Pemuda PAS Malaysia
ADUN Batu Burok, Terengganu
Share this post :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Template | Master Template
Copyright © 2018. Reformasi Kini - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Master Template
Proudly powered by Blogger