Headlines News :
Home » » PAS kecam serangan di Iran

PAS kecam serangan di Iran

Written By Reformis on Wednesday, September 26, 2018 | 12:20 PM


PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mengecam serangan semasa perbarisan tentera di Dataran Quds, Ahvaz sehingga mengorbankan dan mencederakan orang ramai termasuk anggota elit Pengawal Revolusi, wartawan, wanita dan kanak-kanak.

PAS mengucapkan takziah kepada kerajaan Iran dan rakyat yang terlibat dalam tragedi ini. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka yang terkorban dan diberikan kesembuhan bagi mereka yang tercedera.

Sewajarnya dunia Islam mengecam Amerika Syarikat dan negara-negara sekutunya yang menjadi dalang di sebalik serangan ini, kerana telah mengorbankan rakyat awam dan bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar.

“Islam Memimpin”

ABDUL HADI AWANGPresiden PAS
Bertarikh: 14 Muharam 1440 / 24 September 2018
Share this post :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Template | Master Template
Copyright © 2018. Reformasi Kini - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Master Template
Proudly powered by Blogger