Headlines News :
Home » » Zaman yang sarat dengan fitnah

Zaman yang sarat dengan fitnah

Written By Assistant Editor on Thursday, September 27, 2018 | 8:43 PM


Zaman ini benar2 zaman yg sarat dengan fitnah dan tipudaya. Tidak hairan lah jika Rasulullah menyatakan disebabkan banyaknya fitnah sehingga ada laki2 yg pada waktu paginya beriman tetapi kemudiannya kufur pada waktu petang. Ada laki2 yg waktu petangnya beriman tetapi kufur pula pada keesokkan harinya.


Lihatlah hiruk pikuk dunia politik tanahair kita kebelakangan ini. Fitnah sudah semacam ratahan ulaman dalam makanan. Penambah selera. Semacam tanpa fitnah bukan politik namanya. Kemudian muncul pula kalam2 kufur yg bermain dari bibir ke bibir. Tidak kesah lagi soal batal iman atau tidak. Idelisme kufur diusung oleh org2 Islam yg jahil bagai kalam keramat yg dinanti2kan. Ummat sudah tidak dapat membezakan lagi mana kalam ulamak dan mana kalam juhala'.

Berbahagialah alim ulama, berbahagialah org2 yg bernaung dibawah payung para ulamak dan berbahagialah org2 yg berpaut kepada org yg berpaut kepada ulamak. Namun kita akan menyaksikan merekalah golongan yg paling banyak dihujangi dengan fitnah. Kerana mereka penyambung risalah Rasulullah saw.

UMS
KOTA DAMANSARA
Share this post :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Template | Master Template
Copyright © 2018. Reformasi Kini - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Master Template
Proudly powered by Blogger