Home »
Luar Negara
» Trump enggan jumpa Rouhani
Trump enggan jumpa Rouhani
Written By Reformis on Thursday, September 27, 2018 | 1:18 PM
NEW YORK – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata semalam bahawa beliau tidak ada rancangan untuk berjumpa dengan pemimpin Iran, Hassan Rouhani pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ‘walaupun diminta’ berbuat demikian.
“Mungkin satu hari nanti pada masa hadapan (pertemuan mereka). Saya pasti beliau seorang yang sungguh baik!,” kata Trump dalam komennya di laman Twitter, beberapa jam sebelum kedua-dua pemimpin itu dijadualkan berucap pada Perhimpunan Agung PBB dan empat bulan selepas Presiden AS itu menarik diri daripada perjanjian nuklear Iran.
Trump berundur daripada perjanjian nuklear itu pada Mei lalu sekali gus mengecewakan sekutu Eropahnya, Rusia dan China yang mengambil masa bertahun-tahun berunding untuk mencapai persetujuan bersejarah tersebut bagi mengekang cita-cita nuklear Teheran.
Terdahulu, Rouhani berkata bahawa sebagai prasyarat kepada sebarang dialog, Trump perlu terlebih dahulu membaiki kerosakan yang berlaku akibat tindakannya menarik diri daripada perjanjian nuklear itu.
“Jambatan itu mesti dibina semula,” katanya dalam satu wawancara bersama saluran berita NBC.
AS bagaimanapun bertegas mahu meningkatkan tekanan ke atas Iran yang dituduh mencetuskan huru-hara di Iraq, Syria, Yemen dan Lebanon.
Dalam ucapan beliau semasa Perhimpunan Agung PBB, Rouhani bakal memberitahu bahawa Iran akan mematuhi perjanjian yang dimeterai pada tahun 2015 itu dan menggambarkan AS sebagai ‘terpinggir’ kerana mencabuli komitmen antarabangsanya. – AFP
Related Posts :
Labels:
Luar Negara
Post a Comment