Headlines News :
Home » » Lelaki mudah hilang berat berbanding wanita, ini sebabnya

Lelaki mudah hilang berat berbanding wanita, ini sebabnya

Written By Reformis on Wednesday, September 26, 2018 | 5:00 PM


Ramai wanita yang merungut mengenai kegagalan atau kelewatan mereka menurunkan berat badan. Walaupun bersenam secara teratur, mengamalkan diet yang sihat, tetapi apabila dibanding dengan teman lelaki, ternyata mereka lebih perlahan.

Benar, memang ada perbezaan yang ketara dalam usaha penurunan berat badan mahupun membentuk semula tubuh di antara lelaki dan wanita. Ternyata lelaki lebih mudah mencapai sasaran berbanding wanita.

Apakah sebabnya?

Sebenarnya terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi perkara itu. Jika anda wanita, ingat sedangkan setiap orang mempunyai tubuh badan dan reaksi kimia yang berbeza inikan pula dari segi gender. Memang banyaklah pengaruhnya.

Pelbagai kajian dan penyelidikan dilakukan bagi mengesan faktor di sebalik perbezaan ini, salah satunya diterbitkan dalam jurnal Diabetes, Obesiti, dan Metabolisme yang disimpulkan selepas meneliti lebih daripada 2,000 orang dewasa yang berdepan masalah pra-diabetes dan obesiti dari Eropah, Australia dan New Zealand.

Mereka menjalani diet 800 kalori yang terdiri daripada sup dan bijirin selama 8 minggu dan makan 375 gram sayur-sayuran rendah kalori yang terdiri daripada tomato, timun dan salad.

Selepas tempoh 8 minggu berlalu, seramai 35% lelaki dan wanita melaporkan tahap glukosa darah cenderung normal dan tidak lagi pradiabetes.

Pradiabetes merupakan keadaan kadar gula darah bermula di atas normal, tetapi tidak sehingga diabetes.

Lebih menarik dalam soal penurunan berat badan pula, lelaki mengalami penurunan berat badan purata 11.8 kilogram manakala wanita 10.2 kilogram.

Memang tidak adil!
Mari kita lihat sebab di sebalik perbezaan itu seperti yang dilaporkan dalam beberapa laman portal kesihatan menurut kajian oleh penyelidik.

1. Lelaki membakar kalori dengan lebih mudah

Portal Verywell, menerusi sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal of Applied Physiology mendapati lelaki mempunyai 10 hingga 15% lebih banyak otot daripada wanita. Semakin banyak otot yang miliki, lebih banyak kalori yang akan dibakar, walaupun dalam keadaan rehat. Ini kerana otot adalah bahagian tubuh yang aktif metabolik, maka ia cenderung untuk membakar lebih mudah ditanbah dengan senaman yang teratur.
Bagi wanita, lemak subkutan yang dimiliki mereka melekat pada permukaan kulit. Biasanya, lemak ini tersebar di sekitar paha, punggung dan pinggul kerana ia akan digunakan untuk kelahiran anak. Ia tidak aktif secara metabolik maka sukar untuk dibakar dengan aktiviti atau senaman.

2. Kerana wanita makan apabila beremosi

Malang sekali, wanita tergolong dalam kategori “emotional eater” atau pemakan emosi. Penyelidik dari Makmal Kebangsaan Brookhaven mendapati apabila terdedah kepada bau atau melihat makanan tertentu, misalnya kek, niat makan lebih tinggi dalam kalangan wanita berbanding lelaki. Selain itu, wanita juga merespon kepada fenomena seperti tekanan, panik dan depresi dengan makan. Lelaki pula lebih memilih kepada merokok, minum alkohol atau terlibat dalam aktiviti lain.

3. Hormon estrogen wanita ‘suka’ lemak

Hormon estrogen dalam tubuh wanita memainkan peranan penting khususnya untuk menyediakan diri mereka semasa bersalin dan meningkatkan libido seksual. Namun, hormon ini juga menyebabkan wanita sukar menurunkan berat badan. Penyelidik dari Universiti New South Wales mendapati estrogen membakar kalori lebih banyak selepas makan kerana ia memulihkan jumlah lemak yang terkumpul di dalam badan. Tetapi lemak tersebut kemudiannya digunakan sebagai persediaan untuk melahirkan anak, terutamanya di bahagian pelvis wanita.

4. Tubuh lelaki cepat memberi reaksi

Kerana kadar metabolisme yang tinggi dan hormon, tubuh lelaki memberi reaksi segera apabila dalam proses menurunkan berat badan. Jurnal Nutrisi British mendapati lelaki 2 kali lebih banyak kehilangan berat badan dalam tempoh 2 bulan pertama selepas menyertai program diet seperti Atkins, Slim-Fast, dan Weight Watchers berbanding wanita.

Sebentar, akan tetapi selepas bulan ke-6 kadar penurunan agak statik manakala wanita kekal menurun walaupun pada tahap perlahan. Jadi wanita, teruskan berdiet dan bersenam, tempoh anda mungkin lebih lama pada awalnya tetapi jika dilakukan secara konsisten, ia akan menampakkan perbezaan yang setara lelaki.



5. Wanita lebih mudah letih apabila bersenam

Wanita cenderung menjadi lebih letih dan lemah apabila bersenam. Ini kerana kapasiti paru-paru wanita lebih kecil daripada lelaki maka sistem pernafasan wanita terpaksa bekerja keras untuk memproses oksigen ke dalam badan ketika bersenam. Ini menyebabkan wanita cepat berasa panas dan mudah letih semasa latihan. Ia juga menyebabkan lemak subkutan dalam tubuh wanita tidak terbakar dengan cepat seperti otot lelaki.
Share this post :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Template | Master Template
Copyright © 2018. Reformasi Kini - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Master Template
Proudly powered by Blogger