Soi Lek tak bertanding jawatan presiden MCA
Written By Reformis on Wednesday, September 26, 2018 | 2:50 PM
Dr Chua Soi Lek tidak akan bertanding jawatan presiden MCA dalam pemilihan parti kali ini, menurut sumber yang rapat dengannya.
Untuk beberapa bulan terakhir, muncul spekulasi bahasa bekas presiden parti itu mahu kembali ke arena politik setelah bersara pada 2013.
Beliau ketika itu tidak mempertahankan kerusi presiden selepas prestasi buruk parti Cina itu dalam pilihan raya umum.
Chua dijangka mengumumkan keputusannya itu dalam sidang media di Petaling Jaya pagi esok.
“Beliau akan jelaskan sebab bertindak demikian serta memberi pandangan berkaitan keadaan MCA sekarang (selepas pilihan raya umum) dalam sidang media itu,” kata sumber kepada Malaysiakini.
Penyandang MCA Liow Tiong Lai telah mengumumkan tidak akan mempertahankan kedudukannya.
Setakat ini, hanya timbalan presiden Wee Ka Siong yang mengesahkan sedang mengintai jawatan nombor satu parti itu.
Terdapat juga spekulasi bekas naib presiden Gan Peng Sieu akan bertanding jawatan presiden.
Gan dijangka bekerjasama dengan Timbalan MCA Johor Tee Siew Kiong, yang juga bekas setiausaha politik Chua ketika beliau menjadi menteri kesihatan di era pentadbiran BN.
Labels:
Berita
Post a Comment