Headlines News :
Home » » Red Granite bayar DoJ untuk tutup kes

Red Granite bayar DoJ untuk tutup kes

Written By Reformis on Wednesday, September 26, 2018 | 2:07 PM


PETALING JAYA : Syarikat produksi Red Granite Pictures telah menyelesaikan baki bayaran berjumlah AS$60 juta (RM248 juta) kepada kerajaan Amerika Syarikat (AS) pada Mac lalu sebagai pertukaran kepada aset yang mahu dirampas Jabatan Kehakiman (DoJ) negara itu susulan pembabitan syarikat dalam kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam persetujuan yang dimeterai bersama barisan pendakwa persekutuan itu, Red Granite menyatakan komitmen mereka untuk menjelaskan kesemua bayaran terbabit menerusi tiga ansuran, masing-masing AS$30 juta (RM124 juta) dalam tempoh 30 hari, AS$20 juta (RM82 juta) untuk 180 hari seterusnya dan fasa terakhir AS$10 juta (RM41 juta), dalam tempoh 180 hari lagi.

Mereka bagaimanapun tidak mengaku melakukan sebarang kesalahan di bawah perjanjian berkenaan.

Red Granite dalam satu kenyataan dipetik sebagai berkata, mereka telah menyelesaikan kesemua ansuran itu empat bulan lebih awal dari tempoh sepatutnya.

Menurut sumber, syarikat berkenaan juga terpaksa meminjam daripada Brevet Capital bagi menyelesaikan kesemua bayaran.

Red Granite mendakwa, kes mereka bersama DoJ telah ditutup jabatan terbabit sebaik sahaja kesemua ansuran bayaran itu diselesaikan.

Permohonan merampas semua aset syarikat telah dibuat pendakwa AS pada Julai 2016 sebagai usaha mendapatkan semula lebih AS41 bilion (RM4,14 bilion) yang disyaki diseleweng daripada 1MDB.

DoJ sebelum ini mendakwa wang berkenaan telah digunakan untuk membiayai pembikinan filem The Wolf of Wall Street, Dumb and Dumber To dan Daddy’s Home. - Agensi
Share this post :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Template | Master Template
Copyright © 2018. Reformasi Kini - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Master Template
Proudly powered by Blogger