Headlines News :
Home » » Cara mengajar kelompok tidak reti bahasa

Cara mengajar kelompok tidak reti bahasa

Written By Reformis on Thursday, September 27, 2018 | 5:08 PM


'Tiada niat' antara helah basi. Cukup-cukuplah menegakkan benang yang basah.

Alasan sebab ada yang tidak tahu bahasa Melayu juga sebenarnya menjerat politikus cauvinis lagi rasis.

Kenapa selepas 9 Mei tiba-tiba pula macam ramai orang Cina tidak fasih bahasa kebangsaan?
Bagaimana selepas 61 tahun, orang Cina diberi taraf kewarganegaraan, masih tidak fasih berbahasa kebangsaan?

Lebih jauh, bagaimana selepas 200 tahun datuk moyang orang Cina dari wilayah Kwangtung, Kwangsi dan Fukien berhijrah ke tanah air ini yang dulunya dikenali sebagai Tanah Melayu lantaran tidak tahan dizalimi Dinasti Manchu selain banjir, kemarau dan gempa bumi di Tanah Besar China, masih tidak fasih berbahasa Melayu?

Tinggal di Malaysia sejak lahir buka mata ini tidak bercampur dengan orang Melayukah? Atau sebab sekolah Cina, maka bermasalah untuk menguasai bahasa kebangsaan negara sendiri?

Sebenarnya, tidak fasih atau memang benci untuk membudayakan penggunaan bahasa kebangsaan?
Kalau sungguh pun benci memanggil 'bahasa Melayu' sehingga lebih selesa menyebut 'bahasa Malaysia', mengapa sebagai seorang Ahli Majlis sebuah kerajaan negeri yang mempunyai sultan lagi itu tidak menggunakan 'bahasa Malaysia' sahaja?

Kenapa perlu ada edisi 'bahasa China' atau 'bahasa Hong Kong' atau 'bahasa Taiwan' atau 'bahasa Singapura' atau 'bahasa Amerika' dalam surat rasmi lengkap dengan kepala surat itu?

Sejak bila lampiran surat rasmi kerajaan hatta di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu disertakan terjemahan bahasa Cina dan bahasa Inggeris?

Kalau sungguh mahu juga terjemahan dengan alasan 'muhibbah', mengapa tidak pula ada bahasa Tamil juga bahasa suku Jawa dan Bugis yang menduduki komposisi besar di negeri Johor?

Sejak bila pula 'muhibbah'' itu disandarkan pada kepelbagaian bahasa dalam surat rasmi lengkap dengan kepala surat?

Rakyat pilih Pakatan Harapan, buang Barisan Nasional bukan suruh tukar bahas rasmi tanah air ini.
Tidak perlu berdalih alasan. Tidak perlu membela pula tindakan rasis membelakangi semangat Perkara 152 Perlembagaan negara.

Disebabkan kerajaan PH hari ini berintegriti dan sesuai dengan semangat 'Sayangi Malaysiaku' bukan 'Sayangi Chinaku' atau 'Sayangi Hong Kongku' atau 'Sayangi Taiwan' atau 'Sayangi Singapuraku', maka tindakan jangka pendek dan jangka panjang MESTI dibuat:'

1. Lucutkan jawatan Ahli Majlis. Ganti orang Cina lain yang ramai lagi mutu penguasaan bahasa kebangsaan kalah orang Melayu sendiri!

2. Lucutkan juga jawatan Adun yang bertindak menegakkan benang yang basah. (Kalau tak faham peribahasa ini, molek lucut terus kewarganegaraan, pindah balik Hong Kong).

3. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mesti berbuat sesuatu. Anwar Ibrahim dalam syarahan di DBP semalam pun mengesyorkan supaya adakan kelas bahasa Melayu untuk Ahli Parlimen. Ya. Selain kita tidak mahu dengar perbahasan guna bahasa macam apek di Pasar Pudu, kita juga mahu Ahli Parlimen guna bahasa kebangsaan tinggi bukan taraf maki hamun di kedai kopi.

Jadi, DBP dengan kerjasama ahli akademik dan persatuan penulis mesti duduk semeja berbincang untuk mengemukakan pelan kursus pengajaran dan penilaian bahasa Melayu secara bertahap khusus untuk setiap warganegara Malaysia.

Tidak lulus tahap tertentu akan disusuli 'pelan pemulihan' bahasa kebangsaan. Teruk tahap bahasa kebangsaan, TIDAK BOLEH SAMA SEKALI jadi Ahli Majlis apa lagi jadi WAKIL RAKYAT di Negeri dan Persekutuan. Kalau Tahap 1 pun tak lepas, kerajaan Malaysia Baharu kena ambil pendekatan baharu untuk melucutkan taraf kewarganegaraan mereka sebab terbukti tiada apa bukti dia setia kepada tanah air ini.

4. Kerajaan mesti HENTIKAN membina Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK). Peruntukan yang ada bina Sekolah Kebangsaan (SK) sahaja. Biar semua anak Malaysia di bawah satu bumbung. Mereka perlu ada suasana yang menggalakkan mereka bergaul tanpa mengira kaum.

Terbukti dari insiden kenyataan media dalam bahasa Cina oleh Guan Eng sebelum ini dengan alasan sama - tidak tahu, tidak faham bahasa kebangsaan - bukti jelas SJK memang tidak mampu melahirkan anak-anak Malaysia yang fasih cakap dan faham 'bahasa Malaysia'

ARIF ATAN
Share this post :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Template | Master Template
Copyright © 2018. Reformasi Kini - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Master Template
Proudly powered by Blogger